Sunday, November 13, 2011

26 Confessions of Travelholic

Pagi Ahad baru je completekan my first ever run I participate, Terry Fox Run KL 2011 to help support cancer research. Run yang agak mencabar tapi seronok sebab I dah lama tak berlari. 

Now, nak siapkan task yang sama jugak mencabarnya dari Fatt  about 26 soalan pasal travel. And the best part is I got to know about this on Saturday night while tweeting with her. And tengok dateline kene hantar pagi Ahad pukul 8am ok. Gosh, mmg tak sempat la kan nak hantar pukul 8am hari Ahad tu dengan malam Sabtu pegi visit my Indonesian friend yang transit KL nak pegi Cambodia kat airport then Ahad pagi nak berlari bagai. I gagahkan request for extension time sebab nak jugak buat task ni since travel always is my passion. 

So, thanks to twitter because keep us still connected although I seldom be in blog world these few months. Follow me at @bYY4 and Fatt at @BackpackerBusuk. Another travel blogger, jumpa di twitter and don't forget to say hi :D

Now, let's see how my answers will score ;)

Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas

Ok, secara ringkasnya orang panggil I Byya (pronounce as ba-ya). Tapi bab ejaan Byya tu mmg dari Form 3 mmg mcm tu sbb konon2 nak nampak lain and style sikit :p. So, hi korang! Kalau nak tau more detail about nama and whatnot boleh baca kat page About Me tu. Dah siap2 tulis dah dulu.
 
2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?

Sejak bila tu rasanya dah mula sejak dari kecik sebab mak I pernah cakap kalau pegi travel mana2 dulu masa I baby, I jenis yang tak tido tapi akan berjaga dan nak tengok kat luar tingkap kereta. Pastu nanti nangis sendiri sebab penat tak tido hehe....

Tapi kalau maksud travel tu as mcm mane I travel skarang, rasanya sejak zaman universiti kot or secara bahasa mudahnya bila dah dpt kebebasan dari parents lepas sekolah menengah la. Kebanyakannya zaman universiti banyak pegi naik gunung, hiking, camping and pegi Singapore la sbb dulu study kat JB. 

Tapi time yang I betul2 infected by travel bug and addicted ni masa I first time pegi negara yang speaking languange nya bukan english, South Korea in 2007. Masa pegi Korea tu mmg exposed myself to the real world of travelling and affect how I travel now la kiranya. Nanti kite ade masa kite cerita panjang k. Lepas tu mula la plan trip after trip bila ada masa and kaki memang gatal je la nak berjalan since bila dah ada duit sendiri.

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?

I think in between both kot tapi more kepada traveller. My blog name is self explanatory.

In terms of places to visit tu of course kebanyakannya I pegi tourist spot tapi cuba diselitkan jugak yang tempat yang tak famous and less traveled bila berkesempatan. Jadi, bila pegi tempat mcm museum, beach, other famous attraction tu rasa mcm tourist la kan.  Sape yang tak nak pegi Great Wall bila pegi Beijing, sape yang tak nak pegi Taj Mahal bila pegi India and sape yang tak nak pegi Twin Tower KLCC bila pegi KL kan?

Tapi dari segi traveller nye pulak datang dari segi how I prepare my trip and the way I travel and spent. Dari beli tiket, draft itinerary & schedule, accommodation, budget, meals, visa, move about transport, activity etc semua buat sendiri. Dan sebenarnya I mmg suka buat itinerary, selalunya mmg I la yang amik tugak buat itinerary and planning ni. And if my itinerary change and things don't go my way, akan di redah aja secara redha hehe....
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency?

Konsep yang selalu menjadi amalan I adalah memandai sendiri hehe *gaya menjawab yang mengikut kehendak soalan.

Memandai sendiri ni as in mana nak pegi tu I yang decide la, bukan la memandai sendiri yang mendatangkan masalah besar. Memang dari dulu prefer yang indie travel. Hah, bukan ade indie music je tau, travel pon ade indie. That's how i describe my way of travel, indie and frugal!

The reason I suka indie travel sebab masa. Bila indie travel, dah nama pun semua buat sendiri kan, so berapa lama nak spend kat sesuatu tempat terpulang la kat I kan. Where else kalau dengan tour agency, limited time je diorang akan allocate kat sesuatu tempat. Kadang2 kalau kita tak berapa nak suka tempat tu, sekejap je pun jadila kan and better spend time kat tempat yang interest us more. Dengan tour agency mana la diorang nak consider sangat bende2 ni sebab susah la dia nak accomodate semua orang yang dalam group tu.

Lagi satu I ni yang memang jenis yang suka ambil masa lebih sikit untuk explore, faham then barulah baru boleh jatuh cinta dengan tempat tu. I tak suka visit yang style 'touch & go' je. Macam tak terkesan di hati, ecewah. Lagipun I jenis orang yang kene faham benda kecik dulu then baru nampak the whole big picture, so I suka detail dari surface information. I think itu kot lagi satu sifat traveller yang I ada.

Oh, kalau nak kupas betul2 soalan ni panjang juta2 perkataan la pulak, maybe next time kita boleh buat dedicated post untuk discuss between travel independently dengan using tour agent. Boleh gitu cik organizer?
 
5. Siapakah travel partner anda?

Kalau siapa yang follow my blog akan tau yang my usual travel partner is Sayra, my close friend since uni and until now. So far alhamdulillah compatible dengan semua tempat dan activity yang kitorang buat. Tapi baru2 ni trip Central-East Java I try travel dengan my own sister. However, I tak ada restrict dengan siapa2 I kene travel, I open to any possibility. Sebab tu I join Couchsurfing :) Honestly speaking, biar travel dengan siapa2 pun, akan ada cabaran yang tersendirinya and the same goes to bila travel alone.


The main key element yang perlu ada in travel partner kita ialah compatibility. Senang cerita, perangai dia kene boleh masuk dengan kita, kita saling melengkapi, bersabar dan give and take mesti ada. Eceh, macam criteria love/life partner la pulak hehe... Tapi I buat statement ni atas dasar pengalaman sendiri. Sebab bila travel especially independently, pressure tu kadang2 tinggi dengan tak biasa area tu lagi, sesat la, local tak faham bahasa yang kita cakap la, makanan tak kene dengan selera la, kene tipu la, kejar masa la dan mcm2 la lagi, so travel partner kita sepatutnya mesti boleh terima semua tu bersama2. Kalau silap handle, silap2 best friend boleh jadi musuh and couple boleh break up. Tengok Amazing Race je dah boleh tau dah.

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?

Hmmm....kalau secara rasminya pegi area further up from Sungai Golok (nama sebenar tak ingat), Thailand tahun 2003. Oh tapi jangan salah faham, I pergi bukan sebab kahwin lari ok, tu adalah pegi untuk visit relative my friend. Actually time tu I stay for a week kat rumah dia di Kota Bharu masa cuti semester *kan dah kate, I mmg tak kisah nak pegi or stay kat mane2 pun, cuti sem mane ade stay kat rumah :D. 

Pastu since semua tempat kat KB dah pegi, dia pun suggest pegi visit family dia kat Thailand then the next day terus pergi Pejabat Imegresen jumpa dengan Pengarah untuk buat emergency passport. Yup terus pegi jumpa Pengarah ok sebab ayah kawan I kenal Pengarah tu and actually only penduduk yang dekat negeri border je boleh apply emergency passport ni. Hah, time tu baru tau wujudnya emergency passport ni tapi sekarang tak tau ade lagi ke tak sebab harga nak buat passport kan dah jadi murah. 

Emergency passport ni cover dia berwarna hitam and  kalau nak dikira mmg mahal sbb I bayar RM50 tapi boleh guna sekali je, for single entry. Actually emergency passport ni mmg khas untuk penduduk kat border considering mmg akan ada migration la kan bila dah duduk dekat dengan border. So, diorang boleh guna emergency passport ni kalau ade hal2 emergency such as nak melawat jika berlaku kematian saudara mara ke, kahwin ke or apa2 je la alasan asalkan Pejabat Imegresen tak reject application tu. In my case, nak pergi bersuka ria je :D 

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini

1. Singapore
2. Seoul, South Korea
3. Jeju Island, South Korea
4. Hanoi, Vietnam
5. Medan, Indonesia
6. Gold Coast, Australia
7. Brisbane, Australia
8. Bangkok, Thailand
9. Pattaya, Thailand
10. Beijing, China
11. Yogyakarta, Indonesia
12. Malang, Indonesia
13. Jakarta, Indonesia
 
8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut

Singapore
Since study kat JB, bila final sem tu boleh kate every weekend pegi Singapore stay kat rumah my friend’s relative. Sampaikan semua saudara mara dia I dah kenal and boleh siap pegi follow beraya lagi even my friend tu takde. Bila keje kat JB pun agak kerap la jugak pegi Singapore sebab dekat sangat kot dengan JB tu. Siap kalau set auto roaming, mmg Maxis tu kadang2 terus tukar pegi SingTel la kiranya.  

Thailand
Too many too explore in one go la kan.

Indonesia
Can’t get enough of Indonesia. It explains all :D Lombok anyone?

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa


Great Wall of China
I nak pegi hiking and camping dekat other part of this Great Wall yang dah ruin tu gate Jinshaling-Simatai. Yang ni I pegi enter from Mutianyu gate.  

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan

Greece
"Mama Mia, here I go again lalala" Musical film Mama Mia sangat la inspires me to go to Greece. And a particular place I tak nak miss is Santorini Island, I just want to be there and doing nothing. It's so beautiful! And of course sebab Greece ni ade byk benda2 ancient ni, kinda fascinating me la jugak :)

Morrocco
Indahnya!

India
Incredible India! InsyaAllah akan sampai bulan May 2012 nanti, tiket pun dah ada. 

Trans Siberia
A perfect adventure gitu!

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti

South Korea
Dapat jumpa dan kenal dengan good samaritan. David nama pakcik tu, I panggil pakcik sebab dia dah macam ayah I masa kat Korea. Mula dengan borak2 kat kitchen Beewon Guesthouse time breakfast sampai la join trip pegi Nami Island. Dia orang pertama yang I kenal yang pegi travel untuk teaching english tinggalkan wife kat rumah, rumah dia as in Canada. David ni asal from Trinidad & Tobago tapi stay kat Canada. And sebelum tu dia pegi segala ceruk China untuk teaching english jugak and buat charity work. So, I can understand kenapa dia boleh jadi sangat caring to me and my travel partners. Every evening dia akan check bilik kitorang samada dah balik dari jalan2 ke belum untuk ajak dinner and dia akan sms tanya kat mane, jangan balik lambat sangat etc. You know, like ayah2 punye concern. Alhamdulillah, we are still keeping in touch sampai harini through FB and now dia kat Brunei with his wife teaching english. Konon masa my trip to Miri nak pegi singgah la Brunei tapi I cancel that trip due to work :(    

South Korea
Selalu being stopped by group of school girls nak amik gambar dengan I ngan my travel partners sebab diorang jarang jumpa orang pakai tudung. Terasa famous seketika :D Nasib tak mintak autograph. Tapi we were mistaken as Indonesian.

Every plane ride
Ni memang manis sebab I suka perasaan bila tengok awan. Sangat suka! Rasa tenang je, especially awan yang macam cotton candy tu. Walaupun nampak mcm sama je semua tapi I could lost admiring the clouds :D 

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti

Singapore
Siapa dok JB mesti tau betapa busy nye nak cross border kat imegresen Malaysia tu. Mcm biasa masa study, jumaat petang me and my friend akan gerak pi Singapore stay for the weekend. Kebetulan week tu cuti sekolah kat Singapore kot, punyelah jam amat2 even before sampai kat Imegresen  yang smpai bus tak gerak2 pun. Konon2 nak cepat and save time, kitorang decide untuk turun dari bus dan jalan kaki sebab pernah nampak orang jalan kaki. 

So, dengan penuh bersemangat, jalan la kaki dari JB tu across tambak Johor tu. Ya Allah, time tu Tuhan je la yang tau betapa menyesalnya dan penatnye jalan kaki tu sebab bila tengok kat jalan raya tu takde la jam manapun, maybe nak masuk Imegresen je nak stuck and actually tak ramai pun yang betul2 jalan kaki across tambak tu. Dahla pulak tu, kat Woodlands punye checkpoint tu punye la panjang gile amat beratur masa tu rasa nak nangis pun ada sebab penat sangat and kaki dah tak larat nak berdiri. Since that, walau macam mane jam pun, tunggu jugak dalam bus, tak mampu nak jalan kaki dah.
Jakarta, Indonesia
Pernah dengar tak Kota Tua dekat Jakarta? It is actually tempat banyak bangunan lama2 zaman kolonial Belanda dulu and me being konon2 yang suka history stuff ni nak pegi sana tgk old building and whatnot la. So, masa business trip time malam je la boleh berfoya2 kan sbb siang kene keje bertungkus lumus (*bertungkus lumus la sangat kan hehe). So, one particular night I made a plan with Couchsurfer jumpa kat situ then minah ni tanya kenapa of all places nak jumpa kat situ so I cakap reason yang mcm I explain tadi. Ok la sbb I yang tourist dia pun ikut je la mana I nak pegi. 

Dari hotel, I naik teksi je sebab minah ni kate tempat tu dekat je dengan my hotel. Kalau kat Jakarta, orang akan suggest u naik Blue Bird taxi je sebab sangat reliable and ikut meter semua, kebetulan masa tu Blue Bird taxi depan hotel tu dah habis keluar so tinggal Silver Bird taxi je and reception cakap just mahal sikit je. So, I malas nak tunggu lama, naik je la Silver Bird taxi ni, if tak silap Hyundai Sonata kot warna hitam siap dengan leather seat, tak perasan sangat sebab malam. Again pakcik taxi tanye apa la yang ada kat Kota Tua tu mlm2 sampai nak pegi sana. Masa tu I dah doubt my plan dah tapi I redah jugak sebab dah janji and if nak pergi Jakarta pusat dari situ dlm setengah jam jugak so I stick to my plan. I suruh pakcik turunkan dekat Museum Fatahillah yang dah tutup of course sbb dah malam. 

Bila sampai agak cuak sbb tempat tu gelap and macam dekat lorong mana2 ntah tapi I yakin pakcik tu tak tipu turunkan I kat salah tempat sebab I naik taxi yang reliable dari hotel. Pakcik tu pesan baik2 and jaga duit kat area ni sbb byk kes, dah risau dh time tu sbb sorang2. Kat luar tu ramai la remaja2 nongkrong or lepak and bila I keluar taxi semua orang pandang I satu macam. I buat bodoh and jalan pegi depan museum tu. Dekat situ punyelah ramai orang nongkrong tapi yang buat I cuak ialah tempat tu mcm port lepak stock2 ala2 mat rempit dan mmg gelap. I try to relax and nak blend in dengan environment kat situ. Minah tu pulak sms dia lambat sikit sampai, I dah habis pusing dah tempat tu nak hilangkan cuak tu. 

The whole dataran tu penuh dengan peniaga minuman yang bentang kain atas dataran tu then remaja2 ni dok nogkrong bersila atas lantai. Nak join diorang takde group yang meyakinkan then akhirnya I decide duduk atas batu tepi pokok yang jauh sikit dari ramai orang tunggu si minah ni. Masa ni still tak bley nak relax lagi and tengok sekeliling tempat ni mmg takde tourist langsung, semua local maybe betul kot takde ape yang menariknya. 

Tak lama ade pulak mamat yang mcm mat gian duduk sebelah I, masa tu rasa nak bangun dah tapi since dia takde buat apa2 yang meragukan I stay put, try to control cun. Then, dia tanya skarang pukul berapa. Aduh, dah start dah. I jawab then diam. Pastu dia dah start cakap sorang2 dah, I malas nak layan. Pastu dia datang dekat and tengok I atas bawah and scan area sekeliling tu. Oh mamat, kalau kau buat apa2 I jerit sekuat hati ni. Masa tu rasa apasal la I tak blah je dari tempat tu awal2. Bengong gak. 

Then, dia datang dekat lagi then cuit bahu I. Masa tu mmg I dah agak melompat dah rasa mcm ok baik blah skarang dari apa2 jadi. Then boleh pulak dia suruh I pegi kutipkan depan I ade puntung rokok yang ade la balance sikit je lagi tak habis hisap tu bagi kat dia. Amboi, banyak cantik! Ntah, tak tau kenapa I pun kutipkan la puntung rokok tu bagi kat dia. Damn, apekah yang I lakukan ni?! Sbb I takut kot if I tak buat lagi dia apa2 kan I. Tapi i can tell u, I bagi tu tangan I mmg menggeletar ok. Lepas daripada tu, memang I bangun then pegi duduk dekat dengan ade mcm balai polis bergerak. Lebih selamat di situ. Tapi yang tak fahamnya, kenapalah I boleh merelakan diri duduk lama kat situ, should've move from there much earlier.

Then bila minah CS ni sampai barulah I tau bila mlm tempat ni mmg agak bahaya sikit sbb banyak bangunan2 lama yang kosong dan tempat nongkrong golongan2 yang tak berapa berpendapatan baik. All the mat rempit, prostitute semua ade kat situ. Syukur alhamdulillah takde ape yang jadi. And dia bagitau, Silver Bird tu taxi executive yang memang mahal and local memang tak naik la. Pulak tu, I naik taxi tu pegi that kind of area. Patutla dapat one kind of look je. Balik tu dia tunggu I sampai dapat taxi baru dia blah. Thanks Dina!    

So, stay safe everyone!

 Ni la rupa area depan Museum Fatahillah tu, I amik pakai phone je sbb takut nak keluarkan camera, takut nampak mcm tourist sgt, then takut diapa apakan sementara tunggu my friend tu. Apelah yang I risau sangat time tu pun tak tau la huhu...

Jakarta, Indonesia
I was in between Indonesians dalam Garuda Airline, sebelah kiri mamat Indon keje construction and sebelah kanan student Indon study kat Malaysia. 

I was busy clicking camera capturing semua yang I nampak dalam plane tu. Bila makanan sampai, mamat sebelah kiri makan cepat gile. Mcm biasa, bila travel, akan ade buffer beberapa minit yang kadang2 sampai 10 minit untuk nak amik gambar makanan tu dulu. Close up tak close up, plan view la etc. Sebab tak pro, tu yang amik masa tu huhu...tengah busy clicking;

Sekali ade suara "mbak, udah! makanan itu dimakan dulu deh!" 
Terus I pandang kiri, sengih dan teruskan click lagi :p *cover malu sebenarnya.

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?

Ya chef! *pengaruh MasterChef :') Adalah sangat suka as long as it is prepared in a halal manner. In fact memang dalam itinerary kadang2 akan letak tempat makan mane yg nak pegi untuk that particular day. Kalau boleh semua local food I nak cuba tapi selalunya sbb halal status yang diragui, niat tu disimpan saja. Actually dalam blog ni plan nak buat entry on local foods yang I cuba tapi buat masa ni sempat buat untuk Korea je. Yang lain tu belum berkesempatan lagi. Akan diusahakan dengan gigihnya kelak. 

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya


Nama makanan: Rawon
Asal: Indonesia
Keistimewaan: This picture doesn't do justice to the taste. Oh this is my fav! Tapi yang peliknya, I makan rawon ni kat Malaysia then masa pegi Infonesia barulah I pegi cari dan makan puas2. Ni actually sup daging tapi dia warna hitam sebab main ingredient untuk buat rawon ni adalah buah kluwek yang ada kat Indonesia je.

Sebab I suka sangat, my Indonesian friend tolong bwk kan buah kluwek tu masa di datang KL dulu. Alhamdulillah, Raya Haji baru ni I buat dan sangat la sedap :D Terubat jugak rasa nak makan rawon ni. Tapi last week, my friend tu datang KL lagi tapi this time dia bawak pes rawon instant terus, thanks Alid!


Nama: Vege Bibimbap
Asal: Korea (tapi yang ni I makan dekat Jeju Island)
Keistimewaan: Honestly I tak jumpa lagi Bibimbap yang sesedap yang I makan kat Jeju ni. Vege dia rasa sangat fresh and combination dia perfect sangat. Hishh, siapa ada jumpe tempat Korean food yang ada bibimbap lazat yang tak payah sampai nak ke Korea baru dapat makan, sila bagitau ok :)

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?

Of course kalau pegi mount climbing dan aktiviti seangkatan dengannya I bawak haversack la kan. Gile namenya kalau bawak bag troli kan.

Tapi untuk trip lain kebanyakannya memang bawak bag troli pastu bawak lagi backpack kat dalam as spare :D. The fact that I bawak troli bag sebab lepas trip semua souvenir yang dibeli confirm tak muat nak masuk my haversack and I tak suka bila bawak haversack I kene pegang carrier bag lagi. Dah terbiasa kot dulu pegi trekking memang haversack kene solid, no dangling2 kat luar haversack and tangan kene free from anything.

Recent trip to Indonesia  I dah cuba membawa backpack and cuba travel light sebaik mungkin as practice untuk India. Hasilnya? Berjaya! Actually lagi ade keburukan bawak trolley bag ni for indie traveller walaupun senang je heret ke sana ke mari tapi cepat rosak jugak sebab kalau mengharungi subway yang takde elevator, mampu ke nak angkat bag tu naik tangga? Memang akan belasah heret je la and kalau turun tangga tu I rase macam nak campak je ke bawah. Lagi pulak nak kene interchange kat few stations. Boleh imagine tak kepayahan itu?? Macam tu la, I survive Korea trip tapi tak serik jugak sebab pi Beijing buat keje yang sama :P Afterall, bag cepat rosak macam tu. So, for next trip memang I kene learn to fit everything in haversack.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan

My first ever haversack, bough back in 2000. Ade lagi satu sebenarnya tapi dah jual sbb kecik sangat 42L Air Futura tak boleh extend. Berbaloi bayar mahal dan still I pakai sampai sekarang. Haversack ni banyak berjasa zaman universiti naik gunung semua pakai haversack ni. Tempat Deuter Air Comfort ni dah sampai termasuklah Gunung Ledang, Gunung Stong, Gunung Ayam, Gunung Yong Yap, Gunung Yong Belar, Gunung Kinabalu, Gunung Senyum, Gunung Berembun, Endau Rompin dan mana lagi ntah tak ingat dah. Pegi Central-East Java haritu my sister yang pakai haversack ni.
 

Yang ni I bawak pegi Korea je sebab besar sangat untuk pegi tempat lain (about half my size kan) dan seperti yang dinyatakan, susah nak handle if turun naik subway. 

Pastu lahir pulak adik bag kat atas ni yang I bawak pegi Thailand, China, Australia, Vietnam, Indonesia etc. Kecik sikit tapi rasanya dia pun macam nak adik jugak la :p



My latest addition, I beli as additional bag masa nak pegi Kinabalu. Ni la jugak I bawak pegi Jogya-Malang trip. Kecil dan comel 25L je. Oh yes, I memang suka cari warna merah sbb senang nak nampak :D

 

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti

Besides legal documentation and barang2 keperluan yang wajib tu, yang ni memang I tak boleh tinggal:

Camera
kalau tinggal ni rase boleh je pegi beli baru masa tu jugak. The heart of travelling I must say.

Rain Coat
rain coat yang I beli kat Nami Island tu setia berkhidmat kemana je I pegi skarang ni. Alhamdulillah elok lagi.



Pen & Notebook
Wajib bawak walaupun dalam phone pun boleh type notes. I'm conservative sometimes :D

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe

Earring
Tak memberi kesan pun pada travel itinerary tu tapi tetap bawak jugak :p


Novel
Konon bawak nak isi masa lapang etc tapi memang selalunya tak baca pun sebab rasa macam bersalah baca buku sorang2 padahal baik I spend time tu dengan lingers and borak2 dengan locals/orang seat sebelah.

Scientific Calculator
Kan dah ade calculator dalam phone kan. Gatal nak bawak jugak.
 
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)

I tried to update blog as I go tapi find it quite difficult since I dont usually bring laptop/notebook bila travel. Seboleh bolehnya I try cari place of stay yang ada provide pc and wifi so boleh la update apa2 yang patut daripada situ.

And now, I update through twitter je whenever travelling since it provides real time update walaupun 140 character je. Tweet la banyak2 kali kan :D 

Amik gambar sebanyak yang mungkin sampai ade incident kat atas tadi tu.

Postcard to myself and few travellers yang dah bagi address diorang. 

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?

Rasenye suka bergambar kot :D
Lagila my usual travel partner suka je nak test skills dia and nak capture at few different angle. So, slalu I la yang kene jadi subject nya.


21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah

Since my external HD sedang merajuk, I tak boleh nak access gambar2 lain so yang ada is the most recent trip ke Indonesia 2011 je. Harap HD tu merajuk tak lama la, semua gambar ade dlm tu :(

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?

Fridge Magnet
yang ni sebab my mum pun collect jadi join la jugak

Shot Glass HRC
mana2 tempat yang ade HRC la

T-shirt
preferably yang warna putih dengan nama negara/bandar tu.

Luggage tag
ni adelah souvenir baru yang saya mula collect this year :)

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?

Adalah semestinya.

Usually adik2 akan dapat t-shirt sorang satu and parents ape2 la yang diorang suka. Pegi Beijing bawak balik 4 helai table cloth untuk 8 seater table untuk mak. Boleh? Mana haversack nak muat?!

Colleagues slalunya I beli local snack and keychain or yang sewaktu dengannya. Kalau bagi makanan yang bestnya selain boleh makan beramai2, nanti diorang masing2 sibuk nak bagi opinion and comment pasal makanan tu. Macam2 cerita boleh dengar :)

Pakcik dan makcik dua2 belah family pun I beli souvenir. Kalau malas nak shopping or in tight budget, I bagi fridge magnet je every family. Kalau rajin and ade masa lama nak shopping2, insyaAllah adalah lebih sikit. Pernah I borong kain batik dengan kain pelikat untuk pakcik dan makcik tercinta. 

Cousin yang I close and still kecik2 je akan dapat souvenir. Yang lain tu, tengok gambar kat FB je ok kot :p

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?

Local currency - mesti akan simpan few notes of that currency

Fabric - tak tau kenapa pegi mana2 mesti cari kain untuk buat baju kurung padahal pakai baju kurung time kenduri dan hari raya je. Tak pernah pakai pegi keje pun. 

Local traditional attire - yang ni mana dapat dan sempat je I beli. So far, pegi Vietnam dan Indonesia je yang I dapat. Kat Vietnam tu, every kedai I masuk cari jugak baju tu on last day, sbb nak jugak2. Masa kat Beijing, dah last day baru jumpa tailor buat cheongsam so mmg tak sempat nak siap la kan if nak tempah. 

Pamphlet and booklet pasal sesuatu tempat. Kadang2 itu yang buat berat bag tu. Tapi sekarang ni tak tau mcm mane nak simpan elok2. Ade sapa2 ade idea mcm mane korang simpan?

Admission ticket stub - ni pun tak tau macam mane nak simpan. Now I keep in a box je tapi mcm bosan je cara tu.

Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random)

Australia
negara yang tetap berpegang pada segala peraturan yang di tetapkan. They walk their talk.


Korea
Yang ni sebab I ade pengalaman kat Korea je so tak pasti kat tempat lain mcm tu jugak ke tak. Muslim di Korea tak kira bangsa apa, bila jumpa muslim lain (I mean, I pakai tudung so memang diorang tau I  muslim la kan), mesti dia akan bagi senyum dan bagi salam. How beautiful, at some strange place u feel the sense of belonging.


Vietnam
Orang perempuan Vietnam semua cantik2 dan kurus2 belaka. Sebab makanan diorang semunya kurang bergaram dan banyak yang rebus dan berunsurkan sup. Mari amalkan cara hidup sihat seperti mereka :)




26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel

Saya berangan...kalau saya tak suka travel, mungkinkan saya boleh suka sejarah sesuatu tempat itu dan tengok History Channel.

Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)



Stamp pegi Jakarta haritu.
Takde la suka sangat pun tapi kenangan nak dapat stamp ni punya la cabaran sebab I check in dengan validity passport less than 6 mths hehe...beberapa hari je pun. Counter MAS tu terus nak deny my check in tapi lama2 lepas jugak. Thank u abang! :') Then bila dah sampai Jakarta cuak lagi kot2 kene tahan jugak, siap dah fikir nanti bagi je duit under table ke ape ke if kene tahan tapi tak de ape pun. Selamat pegi dan pulang :)


Yay, selesai jugak akhirnya :)
So now I wanna go and read all of the other posts that I have been missing all these while. Will be visiting your page soon!


16 comments:

Dayana said...

like!

fatt said...

byya,
thanks a lot for ur time to complete all the 26 questions :)

i rasa pengalaman u agak menakutkan especially kat kota tua tu...nasib baik dia tak harass u ok...takut nya...dan nasib baik u blah cepat or else i rasa pastu mesti u kena pau...syukur u selamat. phew~

kalau i jadi camtu i pun panik jgk..sbb kdg2 kita cam blur is this the part where i should run? ala2 blur gitu kan? hahaha....

i akan dtg balik and review and see whether u're lucky! good luck! :)

SureenA said...

wow! bila nak pegi Greece tu? Nak ikuttt... hihihi

iina said...

Wah menarik dengar pengalaman u masa kat jakarta.. however tak lalui takkan rasa kan..

;)

anne said...

cuak je i baca masa u kat kota tua tu. but if i were at that situation, i would prefer to be near the crowd rather than duk sorang2. tp pengalaman tu not easy to get, right?

shah_rule said...

oo scary nye jalan area kota tua tuh memalam.. mesti rmai orang tidur situh kan.. tau je la indonesia~

ekh boleh je ke lepas even dah masuk 6 bulan nak expired tuh~ haha arituh pun one-day before nak gie Bali baru i renew passport, mulanya system tergendala, tp pergi yg tmpat lain.. merayu asal boleh nak siapkan one-day.. haha gila sangat, system asyik down je..

Lily Riani said...

yang korea tuh mmg i dah baca masa you post the first time but tak tau lak you guys masih keep in touch... impress tuh.

bab jkt tuh, kira habis brutal... sometimes what we read vs what we had in mind definately not the same as what we see with our own eyes kan.... kalau i - NANGIS!!!!

i baru balik santorini... rasa nye i ada anto postcard kat u, tak tau terima ke dak.

Biqque said...

ha buat jugak! :D nanti try i nyer version plak hehehehe!

by.ya @ Traveller's Anatomy said...

@Dayana
Thanks :D
Everyone has their own experience kan so it is good to share.

@Fatt
Finally siap gak tapi sedih sbb I nak letak gambar byk sikit tp HD ni xmemberi cooperation pulak sobs..sobs...

yup, i agree tetiba jadi mcm blur xtau nak buat apa tp i xnak la pulak jd yg terlalu cpt melatah. Tapi, apa2 pun alhamdulillah selamat dan always need to be careful esp girl. Kenelah amalkan doa2 lindung dari musibah2 ni. Apapun yg terjadi, yg penting jgn serik, tu je.

by.ya @ Traveller's Anatomy said...

@mc sue
ko dah dekat tu ngan Greece. Nnt nak pegi will let u know, then aku extend smpai rumah ko sane hehe...hopefully by that time, u'll still be there la.

@iina
betul! pengalaman tu la pengajaran paling mahal. Setiap kejadian tu pasti ada pengajaran yg Allah nak smpaikan. Tinggal kite nak sedar dgn tak je.

by.ya @ Traveller's Anatomy said...

@anne
mmg cuak pon time tu tp cuba control sbb kalau nampak cuak sgt mesti lg kene. sekeliling tu mmg ramai org tapi judging from type of ppl yang lepak situ rase diorang mcm tak peduli kot kalau ade ape2 incident. agaknye la, i buat assumption sendiri je ni.

@shah_rule
tak serik lg, lepas lepak minum2 tu I pegi pulak jalan2 kat building lama yg lain tapi berdua la cz my friend dh smpai. mmg ramai je tido tepi jalan, bwh jambatan etc. mmg scene yg lain yg I tgk mlm tu.

Tapi seriously korang jgn judge Kota Tua ni berdasarkan my experience, go day time, mmg cantik if nak shoot gambar tau. And boleh cycle around jugak. mmg byk bangunan lama pastu boleh pegi Sunda Kelapa dekat jeti. mmg cun! tu psl i nak pegi tmpt ni.

Passport tu mmg kene at least valid more than 6 mths. Tapi tula, i pon mcm blur2 time pegi & agent yg beli tiket pon tak kate ape so I gamble je la. Tapi since I dah ade return tiket so xde hal sgt la. Bukan la i nak overstay ke ape then mmg pegi pon on business reason. Tapi nak nego & pujuk2 tu mmg amik masa la, cuak pon ade time. Kesimpulannya, passport kene sentiasa valid >6mths ok.

by.ya @ Traveller's Anatomy said...

@lily
phew, i tell u kat Kota Tua tu cite2 sampingan je, but kat situ banyak bangunan menarik if u suka history and whatnot la kan. I appreciate that kind of place cuma usaha kerajaan Indonesia nak restore balik tempat tu tak menjadi. Nice place actually,near old railway station semua, mmg my kind of place la.

My dear, I received your Santorini postcard tapiiiiiii kan hehe...it reached me not in a condition that I expected it. Thanks so much!!!I ade tweet haritu psl poskad u tp nnt i update kat blog k :)

@Biqque
ye boss, akhirnya saya buat jugak!
Cepat keluarkan u punye pulak cz I tengah free gila2 ni.

Ainul Arina Madhiah said...

salam kenal kak byya!

first saya nampak link nih kat blog kak fatt, i was curious. Kenapa macam ku pernak nampak blog nih.... Punyalah lama fikir. then one day baru teringat. Lah! ni kan one of the blog yang Saya baca before gi korea aritu... kalau tak silap ada akk bubuh entry gambar only dgn koreans kan? hehehe...

HANNA-CHAN said...

Dear yang earrings tu I suka! I ni kalau nak pegi mana2 kan tak siap rasanya kalau takder earring haha.

Oh i adalah baru tau you ada pengalaman cuak di indonesia itu. Sungguh bahaya tau. Next time sila jangan bergembira berjalan malam2 ke tempat2 bersejarah kosong2an ni hehe.

Santorini tu kita kena plan betul2 kan kalau nak pegi. Rasa kalau taknak pikir panjang pegi jer next year walaupun takder duit haha. Macam nak keje parttime carik duit sana.

Azizan Zolkipli said...

As Salam.

hmmm, bagus juga bawa raincoat tu. tak pernah terfikir pulak. biasa saya suka bawa payung kecik macam org pompuan selalu guna tu, sebab boleh cover kamera untuk tangkap gambar jika hujan ...

Rayyan Haries Aaron Davis said...

this is soooo cool! Nanti i nak buat camni lah! :D